Tuesday, 10 January 2012

Aku Terima Nikahnya...Men from Mars Women from Venus

Buku Aku Terima Nikahnya tulisan ust Hasrizal @ saifulislam.com dah khatam buat kali ketiga dalam tempoh setahun lebih kurang (rasanya beli awal tahun 2011). Alhamdulillah buku yang sangat-sangat bermanfaat. Penggunaan bahasa yang ringkas, jalan cerita yang begitu dekat dengan kehidupan seharian kita namun pengisiannya sangat besar dan bermakna. Seringkali aku malas membaca buku-buku agama lantaran bahasa yang digunakan terlalu 'berat' dan keagamaan. Memang betul buku agama bukan bahan bacaan macam novel tapi untuk mengisi ruang masa sebagai pekerja yang sibuk, isteri dan ibu yang tiada waktu rehat, pastinya buku dengan bahasa yang berat dan memerlukan tumpuan penuh bukan menjadi pilihan. Dah berapa banyak buku yang jadi hiasan di atas rak, jadi pekasam dalam kotak. Buku masih baru walaupun dah bertahun usianya. :-)

Namun kredit to ust Hasrizal. Kualiti buku Aku Terima Nikahnya seindah kulit mukanya. Coretan yang ringkas namun menuntut pemikiran yang mendalam (bagi orang yang nak berfikir).Buku ini teman yang paling setia saat hatiku dilanda badai. Saat rasa sepi sesepinya, ku belek buku ini helai demi helai, membaca dalam hening tengah malam. Buku ini juga teman sepi tatkala air mata ini laju membasahi pipi. Juga buku ini menjadi penawar saat aku rasa beban yang ada tak mampu lagi terpikul. Membacanya membuat aku belajar melihat kehidupan melalui sisi lain. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.

Kini aku melangkah ke buku kedua Men From Mars and Woman From Venus. Juga kesan bacaan dari buku Aku Terima Nikahnya. Juga bahan bacaan santai dan tidak terlalu berat. Moga ianya membawa manfaat untuk kehidupan ini.

Monday, 2 January 2012

Selamat Datang 2012

Alhamdulillah, 2012 dah menginjak ke hari ketiga. Sekejap je rasanya, hari-hari holiday dah berakhir dan esok kembali ke meja pejabat. Hmm...family time is still the best & for sure I  will missed both of them. Penat but really worth it!
Azam tahun 2012? benda yang tiap kali ditanya bila tiba awal tahun. Rasanya dah 3 tahun aku tak teringat azam tahun baru.
-2009,baru posting & hanyut dalam masalah.
-2010, hanyut dalam masalah & peritnya untuk bangkit
-2011,rupanya kesakitan itu perit. Ujian dari DIA masih belum berpenghujung

2012 harus bangkit. Aku mesti bangun! Cukuplah meratap dan memendam dan terus membuang masa. Jatuh terluka sakit dan perit tapi bukan bererti harus terus tersungkur di pembaringan. Allah masih izinkan untuk bangun tapi mengapa mesti terus meratap dan mengharap 'miracle' datang. Untuk tahun baru ini, ku ingin mulakan  langkah. Langkah pertama untuk masa depan yang gemilang.

Azam 2012
1- Menjadi mama yang lebih baik. Tingkatkan sabar, kurangkan marah, lebihkan gurau senda, tambahkan home education & paling penting sentiasa ingat, masa nakal kanak2 hanya sekejap, nnt kita akan rindu masa kecil mereka.
2 - Maintain minimum leave record and improve work speed until berjaya dapat title baru. Naik pangkat means more money & I need more money. 6 month to go!
3 - Menjadi isteri yang lebih baik. Kurangkan protes dalam hati, lebihkan doa untuk suami, laksanakan tanggungjawab seikhlas hati dan jangan berhenti mencintai dia.