Buku Aku Terima Nikahnya tulisan ust Hasrizal @ saifulislam.com dah khatam buat kali ketiga dalam tempoh setahun lebih kurang (rasanya beli awal tahun 2011). Alhamdulillah buku yang sangat-sangat bermanfaat. Penggunaan bahasa yang ringkas, jalan cerita yang begitu dekat dengan kehidupan seharian kita namun pengisiannya sangat besar dan bermakna. Seringkali aku malas membaca buku-buku agama lantaran bahasa yang digunakan terlalu 'berat' dan keagamaan. Memang betul buku agama bukan bahan bacaan macam novel tapi untuk mengisi ruang masa sebagai pekerja yang sibuk, isteri dan ibu yang tiada waktu rehat, pastinya buku dengan bahasa yang berat dan memerlukan tumpuan penuh bukan menjadi pilihan. Dah berapa banyak buku yang jadi hiasan di atas rak, jadi pekasam dalam kotak. Buku masih baru walaupun dah bertahun usianya. :-)
Namun kredit to ust Hasrizal. Kualiti buku Aku Terima Nikahnya seindah kulit mukanya. Coretan yang ringkas namun menuntut pemikiran yang mendalam (bagi orang yang nak berfikir).Buku ini teman yang paling setia saat hatiku dilanda badai. Saat rasa sepi sesepinya, ku belek buku ini helai demi helai, membaca dalam hening tengah malam. Buku ini juga teman sepi tatkala air mata ini laju membasahi pipi. Juga buku ini menjadi penawar saat aku rasa beban yang ada tak mampu lagi terpikul. Membacanya membuat aku belajar melihat kehidupan melalui sisi lain. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.
Kini aku melangkah ke buku kedua Men From Mars and Woman From Venus. Juga kesan bacaan dari buku Aku Terima Nikahnya. Juga bahan bacaan santai dan tidak terlalu berat. Moga ianya membawa manfaat untuk kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment